Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin menerima baik “perkongsian pintar awam dan swasta” antara Angkatan Pertahanan Malaysia “APM” dan Nexgram Holdings Berhad (“Nexgram”) dalam melancarkan Sistem Digital TracAPM hari ini [24 Mac 2021] UNTUK TERBITAN SEGERA

24 Mac 2021, Kuala Lumpur, Malaysia

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin menerima baik “perkongsian pintar awam dan swasta” antara Angkatan Pertahanan Malaysia “APM” dan Nexgram Holdings Berhad (“Nexgram”) dalam melancarkan Sistem Digital TracAPM hari ini. Bagi pihak kerajaan saya amat gembira sebab pelancaran hari ini tepat pada masanya memandang pada waktu dan ketika ini negara sedang dalam fasa pemulihan ekonomi negara dan pembangunan kesejahteraan sosial. Perdana Menteri menyatakan inisiatif teknologi ini selari dengan inisiatif MyDigital kerajaan yang dilancarkan baru-baru ini.

“Sistem Digital TracAPM ini telah diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur International (“KLIA”) dan boleh digunapakai untuk proses saringan digital pelancong yang tiba di KLIA dan akan juga diguna untuk verifikasi pasport vaksin yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negara lain.”

“Kerajaan menghargai sumbangan CSR ini yang membuktikan kesudian sektor swasta dalam membantu kerajaan menghadapi fasa pemulihan negara dari pandemik Covid- 19.

Saya pasti teknologi digital ini akan membantu barisan hadapan APM dalam menjaga sempadan negara kita.

Sistem Digital TracAPM disertai dengan “APM Trac and Trace”, “APM Geofencing” and “APM Watch”, yang berhubung secara waktu sebenar atau ‘real-time’ dengan Tracvirus E-Cert International Protocol (“Tracvirus”). “APM Trac and Trace” juga mengandungi Sistem Pengurusan Beratur untuk memudahkan perjalanan ujian kesihatan dan proses kuarantin. Ianya juga memudahkan pendaftaran biometrics dan teknologi mengenal raut muka individu.

“APM Geofencing” disertakan dengan GPS yang diluluskan pengguna dan teknologi IP- Ping waktu semasa. “APM Watch” AI sistem sains data juga sedia untuk pengunaan sumber APM pada masa hadapan. Ini termasuk pengunaan sumber manusia dan kemudahan teknologi tinggi drone dan pengawasan untuk ketepatan respon bila perlu untuk menangani sebarang wabak.

Pelancong ke Malaysia boleh berdaftar untuk “SafeTravelPass” diatas talian di https://safetravelpass.tracvirus.com.my.

Pas digital ini boleh diverifikasi melalui sistem TracAPM di semua lapangan terbang dan sempadan termasuk di KLIA bila mereka tiba.

Pegawai TracAPM akan berkhidmat disemua tempat ketibaan masuk dan berhubung secara terus dengan Tracvirus yang boleh membaca dan verifikasi sijil kesihatan digital kemudahan melancong secara selamat, tepat dan mudah.

Applikasi SafeTravelPass mengandungi semua butiran pelancong yang penting untuk keperluan melancong secara selamat dan pantas. Ia merakam rekod pelancong dan mengandungi butiran ujian dan vaksin serta keperluan maklumat lain yang telah dipenuhi sebelum melancong. Maklumat seperti dimana seseorang boleh mendapat ujian dan lebih penting kemampuan untuk berkongsi keputusan ujian tersebut dan keputusan suntikan vaksin mereka dalam satu sistem digital yang berintegriti dan diterima melalui protokol ketat. Maklumat peribadi Pelancong selamat dan akan dilindungi sistem yang mengunapakai teknologi blockchain yang diterima disetiap negara.

Agensi kerajaan dan peniaga swasta boleh mengintegrasikan proses dan perkhidmatan mereka melalui sistem Digital TracAPM dan menawarkan kepada pelancong satu pengalaman digital-tech one-stop bertaraf antarabangsa.

APM akan melaksanakan dan mengintegrasi sistem digital TracAPM dengan Kementerian Luar Negara, Jabatan Imigrasi Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA) dan semua agensi lain yang berkaitan untuk memastikan perjalanan selamat didalam dan luar negara.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai siaran akhbar, sila hubungi:

EN.NOR HALIM AHMAD
NEXGRAM BIOMEDIC
Contact no : 03-5613 5722
Email : enquiry@tri-gtech.com

News Coverages:

Kerajaan cadang bina kompleks APM – Harian Metro 24 Mac 2021
Civil Defence Force gets more ‘bite’ – The Star 24 March 2021