PENAFIAN PENYEBARAN BERITA PALSU. LAMAN WEB SAFETRAVELPASS ADALAH RASMI. [8 March 2021] Immediate Press Release

KENYATAAN MEDIA

PENAFIAN PENYEBARAN BERITA PALSU.
LAMAN WEB SAFETRAVELPASS ADALAH RASMI.
 https://safetravelpass.tracvirus.com.my

8 March 2021, Kuala Lumpur, Malaysia: Nexgram Biomedic Sdn Bhd melalui anak syarikatnya iaitu Tri-G Technologies Sdn Bhd (“Tri-G”) menafikan tuduhan beberapa pihak bahawa SafeTravelPass (STP) adalah laman web palsu.

Laman web rasmi SafeTravelPass https://safetravelpass.tracvirus.com.my yang menggunakan platform Tracvirus adalah inisiatif tanpa kos kepada kerajaan sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dan ianya sedang menjalani proses percubaan yang telah di lancarkan oleh Y.B. Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) bermula dari 22hb Februari 2021 sehingga 8hb Mac 2021 bagi kemudahan pelawat yang memasuki Malaysia di Pintu Masuk Antarabangsa, melibatkan agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan di dalam pengetahuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah ianya memperolehi cadangan penggunaan bagi agensi-agensi kerajaan.

Mana-mana pihak yang ada cadangan atau soalan boleh tanya langsung ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), APM, NADMA atau pegawai sokongan Tri-G di KLIA, atau perkhidmatan pelanggan laman web SafeTravelPass (STP) rasmi.

Kami memandang serius di atas perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana telah mencemarkan nama serta reputasi syarikat dan tindakan undang-undang bakal menyusul sebagai pengajaran.

Nexgram Biomedic Group Media
https://nexgrambiomedic.com/contact-us/