KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Anak syarikat Nexgram Holdings Bhd, yang dimiliki 70 peratus, Blue Hill Development Sdn Bhd, mendapat kontrak bernilai RM7.4 juta bagi cadangan reka bentuk dan membina sebuah gudang terbuka dan sebuah kilang daripada Good View Construction Sdn Bhd.
Projek tersebut, yang merupakan lanjutan daripada gudang sedia ada dengan pencawang Tenaga Nasional Bhd di Taman Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, bermula pada 17 Oktober 2016 dan dijadualkan siap pada 15 Julai 2017.
Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan pada masa hadapan, menurut Nexgram dalam satu kenyataannya kepada Bursa Malaysia.